Aktiviti Ramadhan minggu ke-4 (Part 1)

27 Mei

Semalam, pertemuan dan jamuan iftar santai bersama AMK Negeri Melaka yang diketuai oleh Sdr. Prasanth Kumar Brakasam dan pimpinan AMK negeri dan cabang dari Melaka.

Sempat bertukar pandangan dan berkongsi cerita mengenai perkembangan politik semasa.

28 Mei

Petang tadi sempat bersama Pengarah PERKESO telah menyerahkan sumbangan dari Pusat Khidmat berserta Cek bernilai RM 2000 dari PERKESO bagi Faedah Pengurusan Mayat (FPM) kepada waris di atas kematian anaknya, di Lorong Mutiara, Kg Melayu Majidee.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu keluarga di samping persediaan menjelang Aidilfitri.

29 Mei

Petang tadi menyerahkan baki sumbangan kepada 6 buah rumah mangsa ribut di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru.

Moga dipermudahkan segala urusan.

29 Mei

Alhamdulillah semalam telah menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawikh di Surau Darul Ibad Kampung Dato Hajah Hasnah bersama-sama penduduk setempat dan turut disertai Ketua Kampung.

Seusai solat, diadakan majlis penyerahan sumbangan Hari Raya yang disampaikan kepada golongan Asnaf.

InsyaAllah moga dapat membantu persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

29 Mei

Selepas solat Tarawikh di Surau Darul Ibad malam tadi, saya telah bersama sebahagian jemaah untuk meluangkan masa melawat serta menyerahkan sumbangan kepada golongan Asnaf yang jatuh sakit di rumah beliau yang berdekatan.

InsyaAllah saya doakan agar beliau kembali dikurniakan kesihatan yang baik secepat mungkin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *