Aktiviti Ramadhan minggu ke-3 (Part 3)

23 Mei

Iftar dan terawikh di kediaman DS Anwar Ibrahim bersama Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita.

DS Anwar turut menyampaikan tazkirah yang mengangkat Ramadan ini sebagai Madrasah atau latihan bagi kita memperbaiki diri.

Solat terawikh pula diimamkan oleh Sheikh Mohamed Elmongy dari Mesir yang turut bertugas sebagai imam terawikh di Masjid Wilayah.

24 Mei 2019

Kuala Lumpur Golf & Country Club

Semalam saya telah memenuhi jemputan berbuka puasa oleh rakan sayap pemuda DAPSY Kebangsaan di KLGCC, Bukit Kiara.

Sempat juga menyampaikan sedikit ucapan mewakili AMK Malaysia. Turut hadir Naib Ketua AMK Malaysia, Sdr. Thiban dan pimpinan komponen sayap pemuda Pakatan Harapan.

Terima kasih YB Howard Lee, Ketua DAPSY dan pimpinan DAPSY lain atas jemputan & semoga ukhwah terus terjalin.

25 Mei

Semalam saya telah sempat singgah ke program Pertandingan Kacau Dodol Parlimen Kapar & AMK Selangor selepas program Iftar bersama YAB Timbalan Perdana Menteri di Parlimen Pandan.

Sempat berbincang panjang bersama Ahli Parlimen Kapar, YB Abdullah Sani dan juga rakan-rakan AMK Selangor.

Terima kasih kepada YB Abdullah Sani atas jemputan.

Memang penat kacau dodol ni ha3

26 Mei

Semalam, telah bersama dengan Biro Politik & MPP KEADILAN.

Segak bergaya semuanya macam dah beraya. Cuma bunga api dengan band performance je takde

Tapi Dr Syed Hussin paling sempoi datang mesyuarat selamba pakai kain pelikat ha3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *