Aktiviti Ramadhan minggu ke-3 (Part 2)

21 Mei

Semalam berkesempatan meluangkan masa melawat bekas anggota APM yang telah terlibat dalam kemalangan.

Saya doakan agar beliau kembali pulih dengan segera insyaAllah.

21 Mei

Semalam saya telah bersama dengan para jemaah di dalam Majlis Nuzul Al-Quran di Masjid At Taqwa, Taman Pelangi.

Kemudian berbuka puasa bersama dan solat Maghrib berjemaah. Sempat juga meluangkan sedikit masa bersama selepas solat.

Dulu selalu ambik bubur lambuk di Masjid ini masa sekolah dulu ha3

21 Mei

Selesai berbuka di Masjid At-Taqwa Taman Pelangi, saya menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawikh di Surau Taman Sri Tebrau bersama penduduk setempat.

Terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa. InsyaAllah kita berjumpa lagi.

22 Mei

Semalam, saya telah menyertai Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib di SMK Tasek Utara.

Turut menghulurkan sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Kali ini berbeza sedikit kerana berbuka di sekolah bersama para pelajar ha3

22 MEI 2019

Selesai berbuka dan solat Maghrib di SMK Tasek Utara, saya telah menunaikan solat Isyak dan Tarawikh di Masjid Jamek Ar-Raudhah, Kampung Dato Onn.

Hari ini saya berada di KL untuk turut serta bersama AMK iftar bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *