Aktiviti Ramadhan minggu ke-3 (Part 1)

20 Mei

Arwah abah dulu seorang pegawai kanan polis.

Bila melibatkan badan uniform, saya sering tersentuh dan sentiasa mencari jalan untuk bersama.

Pengorbanan dan jasa-jasa mereka bukan hanya perlu dikenang tetapi perlu diberikan pengiktirafan.

Saya amat berbesar hati apabila dijemput PVAT JB untuk bersama dalam majlis ringkas menyantuni Veteran tentera sempena Ramadan.

Moga kita semua akan terus berbakti kepada negara dan masyarakat.

21 Mei

Alhamdulillah petang semalam telah mengagihkan bubur lambuk kepada para peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadhan Jalan Kasawari.

Kemudian, menunaikan solat Isyak dan Tarawikh bersama masyarakat setempat di Surau Darul Akhirah, Rumah Pangsa Larkin.

Sempat bertanya khabar dan bertukar-tukar cerita bersama mereka.

Separuh Ramadhan telah berlalu. Semoga kita terus diberikan kekuatan untuk melakukan amal ibadah sehingga ke penghujungnya insyaAllah.

21 Mei

Salam Nuzul Quran saya ucapkan kepada seluruh umat Islam. Peristiwa ini mengingatkan kita kepada ayat Al-Quran yang diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril selaku perantara.

Maka peristiwa ini memberi erti besar kepada kita selaku umat Nabi Muhammad SAW berdasarkan Surah Al-Isra’ayat 9:

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh, bahawa bagi mereka beroleh pahala yang besar.”

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati dan memaknai Al-Quran dengan bertadarus, bertadabbur dan menjadikannya sebagai panduan hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *