Aktiviti Ramadhan minggu ke-2 edar bubur lambuk

17 Mei

Alhamdulillah semalam telah singgah di Bazar Ramadhan Kampung Melayu.

Bersama-sama dengan Ahli Majlis, Ketua Kampung dan staf Persatuan Peniaga Bazar Ramadhan mengedarkan bubur lambuk kepada pengunjung dan peniaga di sana.

Pengunjung di sini memang ramai dan sangat meriah!

Jemput warga Johor Bahru untuk singgah ke Pusat Khidmat kami hari ni untuk program Klinik Rakyat selepas solat Jumaat nanti.

18 Mei

Semalam telah menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawikh di Surau Darussalam, Jalan Bayam, Kampung Tengah.

Kemudian moreh dan bersembang sebentar bersama penduduk setempat. Ramadhan peluang yang baik untuk eratkan silaturrahim.

18 Mei

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan berbuka di Dewan Felda Sungkai, Perak.

Terima kasih kepada AMK negeri & AMK-AMK cabang Perak yang menjayakan majlis.

Turut hadir bersama wakil sayap-sayap pemuda PH negeri.

19 Mei

Petang tadi saya berkesempatan bersama AMK Setiawangsa mengedarkan bubur lambok dan sumbangan asnaf kepada penduduk setempat di Masjid Abu Ubaidah, Kuala Lumpur.

Walaupun bulan Ramadan saya akan cuba luangkan masa sebaiknya di Johor Bahru, saya juga perlu singgah di luar kawasan untik bagi sokongan kepada kawan-kawan akar umbi.

Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan program-program masyarakat sepanjang bulan yang mulia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *