5,000 gelandangan mendapat pekerjaan

Usaha murni Yayasan Kebajikan Negara (YKN) membuka Anjung Singgah sebagai pusat khidmat sosial golongaan gelandangan, telah berjaya membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Berdasarkan statistik sehingga Oktober tahun ini, seramai 5,544 orang daripada 7,520 golongan gelandangaan yang mendaftar masuk ke Anjung Singgah telah berjaya dibantu mendapatkan pekerjaan. Ia merupakan impak yang positif melalui program padanan kerjaya yang dilakukan oleh Anjung Singgah.

Menurut Timbalan Perdana Menterri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selain pihak kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) juga diharapkan dapat melaksanakan inisiatif sebegini dengan menumpukan usaha menyediakan khidmat advokasi.

Antara inisiatif lain yang boleh dilaksanakan seperti hal-hal berkaitan pendidikan, peningkatan kemahiran diri, kemahiran keusahawanan dan perkara yang bersesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *